Monday, December 13, 2010

The Amazing Race Season 17 (Finale)


Yahooo..!!! Tu la perkataan pertama keluar dri mulut aku setelah Nat & Kat menjuari TAR17. Yess..!! aku mmg nak sangat2 2org doktor tu menang dlm TAR17 sbb minat giler dgn drg.. They deserve to won the $1,000,000.00 . Setelah mgharungi pelbagai cabaran, tugasan & halangan yg diberikan akhirnya mrk mnamatkan saingan merebut $1juta dgn jayanya.. Syabass.!!

Namun, kehebatan Brook & claire jugak tidak dinafikan krn ada suatu ketika mrk cuba untuk memintas Nat & Kat namun kurang bnasib baik apabila Nat & Kat terlebih dahulu tiba ke lokasi cabaran yg terakhir iaitu mengingat semula "pemberi KLU" setiap hentian (Pit Stop) negara2 yang mereka pergi. Keadaan mencemaskan bila Nat & Kat terperangkap di dlm lalu lintas mnyebabkan mrk hmpir2 di pintas oleh Brook & Calire yang menyelesaikan tugasan akhir dgn mudah.

Agak malang bagi Jill & Thomas apabila mrk menaiki Teksi yg dipandu agak lambat berbanding teksi yg dinaiki oleh Nat & Kat serta Brook & Claire. Keadaan lebih teruk apabila Jill & Thomas mgambil masa yg agak lama untuk mengenalpasti lokasi tugasan yg terakhir krn perlu mnyelesaikan teka-teki yg diberikan.. Akhirnya mrk menghabiskan persaingan di tempat yg ke-3.


Nat & Kat (Juara USD$1,000,000.00)


Brook & Claire (Tempat Ke-2)


Jill & Thomas (Tempat Ke-3)

Apa2 pun, sgt bpuas hati dgn kputusan TAR17 sbb Nat & Kat mjuarai pertandingan itu.. Begitu juga dgn keputusan The Amazing Race Asia Season4 (TARA4) apabila team Philipine merangkul kejuaraan.. Yess..!! Skali lagi aku bpuas hati krn Richard & Richard juga pasukan yg aku minati. Tahun ni merupakan prestasi terburuk pasukan Malaysia apabila tiada 1 pun pasukan yang berjaya mara ke pusingan akhir (Finale).. Tak sabar utk TARA musim hadapan..

No comments:

Post a Comment