Monday, September 21, 2009

Memoir OF KAMPONG boy.

Time cuti2 camni wat pikiran aku melayang-layang kat kampong.. Huhh..!! sambil baring-baring, teringat pulak memori ketika bercuti time sem lepas.. TAK banyak mende yg leh aku wat masa cuti tu coz busy ngan LATIHAN INDUKSI KENDIRI a.k.a ROS kat sekolah. Dah lah kn wat ROS, PK-KANAN tu srh datang tiap hari.. ADUSS..


Barang2 yg aku bw balik kampung


Yang cambesttnyerr time cuti tu aku dapat spend time ngan Family and kengkawan aku kat kampong.. Dah makin advance kawan2 aku skg. Ada yg dah khawin(specially dak Pompuan), dapat keje best, sambung stdy dan memacam lagik.

LAgi satu yg best, aku dapat jmpa anak-anak buah aku yang makin memBESAR. Comel2 sumernyerr.. tiap2 malam sblm tdo mesti datang bilik nak tengok citer Spongebob kat dlm lptop aku. TAK pn nak main game.. huh..!! time aku kecik2 dulu mnda mende2 sumer ni.. paling2 pn main guli, main masak2 (ahakss), main sorok2, polis sentry.. Rindu pulak zaman kanak-kanak. Masa bebudak hingusan dulu, bkn main lagi tak sabar nak besar.. skg ni rindu pulak..


Aboii.. one of my "Baby Fruit"


My Latest "baby Fruit".. iChie..
(gambar x terang coz amik gn kmera Hpone murahan)


Oh yah, time kat kampong dulu selalu tolong emak masak kueh. Haha. Jadi suri rumah pulak time tu. Alahh.. tolong sikit jerr stakat yg termampu. Lagi pun emak TERSAYANG tak seberapa sihat, so sebagai anak yang bertanggungjawab, chewahh..!! kn lah tolong dengan hati yang ikhlas.. I LUV U mom..

Ni lah biskut yg aku buat tu.. hehehe..


Sebulan lebih aku dok kat kampong, pastu 2 hari sebelum balik penang aku stay kat KK kat rumah abang aku.. coz Flight aku dari KK- Penang. Walaupun sebenarnya airport kat Sandakan tu lagik dekat dgn rumah, tak penah pn amik flight dari Sandakan – KL – Penang. Coz, kena transit 2 kali.. Leceh bebb..!!!

Apa2 pun, rindu gilerr suasana kat kampong. Skg ni bsusah2 dahulu study jauh2.. kalau dah bjaya, leh mntak posting dekat2 dgn rmh. Leh jenguk Parents, adik2, anak-anak buah dan kawan2.. ha ha ha..

Ni pulak gambar2 lain yg sempat di Snapp..

Ni namanya Burung Tekukur..

Ni pulak "Jinggo the monkey"


Snap2 kat dlm rumah. masa dok keseorangan..


Ni buah apa..???

Sunday, September 20, 2009

Tetibe Rajin.. Haisshh..!!

Huhu.. la giler x meng”UPDATE” blog. Busy ngan assignment yg blambak so kena lupakan dulu pasal nak update blog. Skg ni Cuti seminggu sempena HARI RAYA. Aku tak balekk kampong.. Sedihh. Sunyi je Desasiswa AMANDAMAI nii.. Roomate aku punya gembira coz time ni la sesuai nak download Drama Korea. Laju jer nak download mcm air paip mengalir..

Menjelang 12.00am nk masuk 1 syawal 1430H bsamaan 20 September 2009, aku tetiba mendapat satu AURA KERAJINAN.. wahh.. githuu. Dengan semangat yang berkobar-kobar aku segera membersihkan bilik, mengemas meja aku yang bselerak sampai bersih sebersihnya. Mengalahkan mak cik2 yang menghias rumah menjelang RAYA.. hahaha..


Roomate aku Si Nik tu pun hairan bkn men kat aku coz kerajinan aku yang luarbiasa mengalahkan Pekerjaa buruh binaan yang sedang membuat bangunan Pusat Pengajian FARMASI yang baru tu. Aku bknyer apa, saja nk mbersihkan bilik ni.. sejak ptama kali masuk bilik ni x penah pn tPikir nak bersihkan.. asyik Roomate yg yg wat keje2 tu. So arini dengan kerajinan aku yang mbuak2 di dalam sanubariKU.


Tadaa..!! Nilah hasilnya. Walaupun x sekemas mana, aku puas hati..


Buku-buku yang aku pnjam kat LIB utk assgmnt aku. BERSELERAK (sblm dikemaskan)


Esok pagi, Pas je sembayang RAYA.. (hahaha), kami pn selebret RAYA sambil makan kuih raya, Kurma, Muruku dan mendengar lagu2 RAYA nyanyian Dato Siti Nurhaliza.. Disaat itu jugaklah C Rahime pn datang ngan bBaju melayu kaler Hijau Daun Pisang.. Dari raut wajahnya terpancar kesedihan yang teramat sangat coz x dpt balik raya tahun ni..Sabarr je RAhime, kami kan ada.. hahaha. Kami pun makan2 sambil bbual2..

Oleh kerana kekenyangan tahap maximum, aku pun terTIDO x sedarkan diri sampai termimpi.. haha. Tp yang TAK bestnyer time tido tu, Henfon aku berbunyi.. Wargghh..!! geram tol kacau STIM. Yang sentapnya.. org yg Call aku tu mamat INDON sesat ntah mana salah number call Henfon aku. Siappp ckp bhasa JAWA lagik. Sib baek masa tu mood aku OK dan gtau mamat tu yg dia salah number.. kurengg tul.. dia pn dengan selumberrnyerr meminta maap.. haha. Aku pun sambung tdo.

Al-kisah citer untuk kali ini.. sekian..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Hari Raya..

Hati-hati dijalan raya.. Ingatlah "Si Dia" yg tersayang..






P/s : Assignment belambak x siap..!! Uwahhh..

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-52 Tahun.


Hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar..
Bukan sekadar melaungkanya sahaja..

Monday, August 17, 2009

Nostalgia 2005.. ^_^

Uhuu.. tengah aku explore2 laptop, tetiba pulak tnampak Pic lama ni dalam folder.. Nostalgia sungguh.. teringat kenangan dialam persekolahan. Ni la sekolah masa aku form1-6 : SMK Pekan Telupid, Sandakan. Sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar namun pencapaian akademik sentisa berada pada tahap yang membanggakan. Sebagai anak didik sekolah ini, aku amat berbangga dengan perkembangan yang dikecapi terutama sekali dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Malah, pembangunan infrastruktur turut disalurkan seiring dengan pertambahan pelajar dari masa kesemasa. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada seluruh warga pendidik SMK Telupid kerana berjaya membentuk diriku menjadi seorang insan yang berjaya.




















Tuesday, August 11, 2009

Hukuman Rotan : wajarkah diMansuhkan..??

Baru-baru ini saya sempat mengikuti kuliah yang berkaitan dengan Undang-undang dan peraturan sekolah. Apa yang menarik ialah topik yang berkaitan dengan isu pemansuhan Hukuman Rotan dalam kalangan murid sekolah. Walaupun isu ini agak lapuk untuk dibincangkan, namun ianya amat penting kepada bakal-bakal guru untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi situasi sebenar masalah disiplin pelajar di dalam sekolah.

Mengimbas kembali awal zaman 70an, isu penggunaan rotan dalam menghukum murid yang bersalah merupakan salah satu kaedah yang sering dilakukan oleh guru. Malah, hukuman rotan ini juga mendapat "lampu Hijau" daripada ibubapa agar anak-anak mereka lebih berdisiplin dan mempunyai jati diri yang tinggi. Murid atau pelajar sedar jika dirotan, ia berpunca daripada kesalahan sendiri dan mereka tidak berani mengadu kepada ibu bapa kerana aduan itu tidak dilayan, sebaliknya mereka mungkin dirotan lagi. Dirotan cikgu memanglah sakit, tetapi kebanyakan pelajar yang pernah menerima hukuman itu, kini menjadi manusia berguna, memegang jawatan tinggi dan disegani masyarakat. Malah, ada pelajar yang pernah dirotan berterima kasih kepada guru kerana berjaya menjadikan dirinya seorang yang berguna kepada masyarakat.

Namun senario pada masa kini agak jauh berbeza jika dibandingkan dengan sistem perundangan sekolah yang diamalkan suatu ketika dahulu. Hukuman Rotan dianggap sebagai satu hukuman yang tidak releven dengan keadaan semasa. Jika rotan hinggap ke badan pelajar, maka tindakan undang-undang terpaksa dihadapi oleh guru yang menjalankan hukuman tersebut. Ada ibu bapa yang sanggup mengambil tindakan undang-undang, membuat laporan polis atau memukul guru yang merotan anak mereka. Apa yang menyedihkan, ada pelajar yang mereka-reka cerita bahawa mereka dirotan dengan teruk padahal hukuman Rotan yang dikenakan jauh menyimpang daripada berita yang disampaikan. Jelas menunjukkan guru mula hilang kuasa dalam menghukum pelajar.

Disebabkan hal tersebut, guru mulai takut mengambil tindakan merotan pelajar sehinggakan terdapat guru-guru yang menjadi mangsa keganasan pelajar itu sendiri. Pelajar pada masa kini mulai tunjuk belang dan taring. Terdapat beberapa kes dimana guru dibelasah pelajar, kereta digores, diancam malah ada yang mengugut untuk mencederakan guru dengan bantuan "gengster" jika guru tersebut mengambil tindakan disiplin terhadap diri mereka.

Persoalanya..??? kenapa masalah ini boleh berlaku. Siapa yang harus dipersalahkan. Adakah kelemahan sistem pendidikan negara kita menjadi punca utama yang menyebabkan kejadian ini berlaku ataupun kelemahan institusi keluarga mendidik anak-anak mereka supaya lehih berdisiplin dan menghormati guru.

Bersama-sama kita merenungkanya..




Sunday, August 2, 2009

TOP10 AntiVirus 2009

Masalah Komputer Slow, data penting hilang dan sebagainya seringkali dikaitkan dengan VIRUS. Acapkali masalah ini berlaku apabila kita bertukar atau berkongsi data dan Fail melalui pendrive tanpa melakukan imbasan terhadap pendrive tersebut. Olehitu, VIRUS dengan senangnya akan merebak lalu membiak dengan pantas didalam komputer kita dan menyebabkan performance sesuatu PC itu akan menjadi semakin perlahan. Kadangkala, melayari laman sesawang yang tidak dikenalpasti juga menjadi pendorong kepada masalah VIRUS memasuki PC atau komputer riba.

Penyelesaiannya..???? ANTIVIRUS...

Namun.. kita seringkali terfikir dan tertanya-tanya yang mana satukah AntiVirus yang terbaik untuk komputer.

Berdasarkan servay yang dijalankan kat internet terhadap penggunaan antivirus oleh para server berikut merupakan senarai TOP10 antivirus yang menjadi pilihan hati pengguna Komputer. Setiap Antivirus ini di nilai melalui harga, penggunaanya, perfromance serta keberkesanan sesuatu AntiVirus itu.


1. Kapersky Anti-Virus 2009


2. BitDefender Antivirus 2009


3. Eset NOD32


4. Panda AntiVirus 2007


5. Alwil Avast 4 Professional edition


6. Grisoft AVG 7.5 Professional


7. Symantec Antivirus 2009


8. Trend Micro


9. McAfee VirusScan

10. F-Secure

Namun, semua senarai AntiVirus ini bukan secara TOTAL adalah yang terbaik. Senarai ini dilakukan terhadap satu laman web yang meminta pendapat para pengguna internet mengenai pandangan mereka terhadap keberkesanan sesuatu AntiVirus. Baik buruk sesuatu AntiVirus itu terletak ditangan anda. "Tepuk dada, tanya minda."



Thursday, July 30, 2009

EduWebTV

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan untuk menyiarkan Rancangan TV Pendidikan melalui web mulai 1 Mac 2008. Sehubungan itu, KPM telah membuat beberapa ketetapan berikut mengenai pelaksanaan Web TV KPM.




Web TV KPM akan menyiarkan tujuh jenis rancangan iaitu.


BERITA : Saluran ini mengandungi paparan selama 30 minit setiap hari mengenai acara dan aktiviti penting KPM serta warga pendidikan.

WAWANCARA : Saluran ini memuatkan temu bual dengan personaliti KPM atau yang berkait dengan bidang pendidikan mengenai pengupasan isu-isu semasa serta mempromosi inisiatif pendidikan.

AKADEMIK : Saluran ini memaparkan perkongsian ilmu yang akan dihoskan oleh pegawai, guru serta personaliti KPM mengenai amalan-amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan.

RENCANA : Saluran ini mempamerkan dokumentan menarik mengenai peristiwa, pengalaman serta pencapaian warga KPM.

INTERAKTIF : Saluran ini memuatkan bahan-bahan untuk guru dan murid menambahkan ilmu secara interaktif.

RANCANGAN TV PENDIDIKAN : Saluran ini mengandungi bahan-bahan pendidikan yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia.

SIARAN LANGSUNG : Saluran ini akan menyiarkan acara-acara KPM secara langsung melalui internet.




URL bagi Web TV KPM ialah www.eduwebtv.com dan boleh dicapai pada bila-bila masa. Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua institusi pendidikan di bawah kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah digalakkan untuk bekerjasama dengan krew EduwebTV dalam usaha mereka menerbit rancangan Web TV KPM.

Monday, July 27, 2009

Empty Me.

Ni la lagu yang aku dok minat skg ni. Bekas peserta American Idol. Suara mmg best giler tp dia x menang pertandingan tuh. Apa2 pun, Nko tetap "the Best" Chris Sligh.. Aku minat giler ngan vokal ko.


Chris Sligh - Empty Me

I've had just enough
of the spotlight when it burns bright
To see how it gets in the blood.
And I've tasted my share
of the sweet life and the wild ride
And found a little is not quite enough.
I know how I can stray
And how fast my heart could change.

Empty me of the selfishness inside
Every vain ambition and the poison of my pride
And any foolish thing my heart holds to
Lord empty me of me so I can be filled with you.

I've had just enough
of the quick buys of the best lies
To know how prodigals can be drawn away.
I know how I can stray
And how fast my heart could change.

Empty me of the selfishness inside
Every vain ambition and the poison of my pride
And any foolish thing my heart holds to
Lord empty me of me so I can be filled with you.

Cause everything is a lesser thing
Compared to you, compared to you.
Cause everything is a lesser thing
Compared to you. So, I surrender all!

Empty me of the selfishness inside
Every vain ambition and the poison of my pride
Empty me of the selfishness inside
Every vain ambition and the poison of my pride
And any foolish thing my heart holds to
Lord empty me of me so I can be
Lord empty me of me so I can be filled with you.
Oh, filled with you.
Empty me.

Sunday, July 26, 2009

My "BabyFruit"


Bona the Notty Boii.

My Sweet wiwie

Lil' Ryan


Super Hyperactive "Aboii"

Blogging again.

Hollaa..

I haven’t been blogging in a long time. I’m going to start again. This is the 4th time I am setting up a weblog. I just couldn't get myself to write down a few lines every now and then. We'll see how this one goes.

I want to try something a little different than just well-formed posts with good narrative. I plow through lots of interesting stuff in the course of a day; perhaps I can capture some of that into my blog.

Now, that I’m free to post again..